Khamis, 5 Jun 2008

Dilema perniaga kecil

Oleh shimah

"Dalam ruangan ini saya nak berkongsi cerita dan meminta pandangan saudara seagama dan sebangsa dengan saya.Saya adalah seorang penjaja yang berniaga secara kecil-kecilan.

Perniagaan saya bermula kira-kira 2 tahun dulu. Kawasannya agak stategik dan tidak mengahalang lalu lintas….saya menjalankan perniagaan mengunakan lori kecil. (berniaga diatas lori). Setelah 2 tahun berniaga pendapatan bersih + RM50.00 sehari.


Kalau tahun 2008 dengan barang semuanya naik harganya, RM50.00 bukanlah besar sangat. Saya tetap bersyukur kepada allah s.w.t. kerana dengan pendapatan itu dapatlah menyara keluarga dengan titik peluh yang halal.

Bebas dari ikatan jadual kerja,tidak seperti semasa saya menjadi pekerja industri dahulu. Masa dulu hari jumaat nak pergi sembahyang jumaat kena ambil cuti tapi sekarang hari jumaat saya bercuti……jadi kalau nak duduk kat masjid dari pagi sampai petangpun dah tak terikat dengan majikan sebab saya sendiri yang jadi majikan.

Namun dalam tempoh dua tahun ini pelbagai dugaan datang dan pergi. Pada pendapat saya ini kerana sikap dan penyakit manusia yang takut orang lain lebih kaya dan senang dari mereka atu lebih mudah tak mahu melihat orang sebangsa dengannya hidup lebih senang.

Mahu melihat mereka merempat dan masuk dalam TV (Contoh : Rancangan BersamamU (TV3)) atau surat Khabar menagih simpati dari orang ramai. Senang cakap jadi pengemis minta derma dari orang ramai… bukan saling bekerjasama mengukuhkan dan memperkasakan ekonomi bangsa melayu dan umat islam.


Bagi pihak saya dan orang yang berfikiran sama dengan saya. Saya amat bersyukur dan gembira kalau saya lalu di satu kawasan tu ramai orang melayu atau islam yang berjaya rumah besar atau kereta mewah.

Syarikat sendirian berhad melayu yang punya, berpendidikan tinggi (golongan professional) terutamanya melayu yang bekerja sendiri….. punya aset dan perniagaan sendiri, saling Bantu membatu…….tapi….berapa kerat kah mereka yang berfikiran sebegini