Khamis, 5 Jun 2008

GERAI DIRANAP JENTOLAK DBKL

Rata-ratanya cukup simpati kepada nasib penjaja yang terbabit ini. Sokongan anda semua amat bermakna untuk mereka mengharungi perit dan getir ketika ini sementara mencari jalan bagaimana untuk meneruskan sesuap nasi.

Sayalah antara warga Wangsa Maju yang melihat mereka membina gerai bermula pertengahan tahun 1990 hinggaplah ranap dan rebah ke bumi oleh si jentola DBKL yang tidak berhati perut. Tidak keterlaluan dikatakan sudah beratus-ratus peniaga bersilih ganti mencari rzeki di tapak-tapak penjaja ini sepanjang 18 tahun ini.

Selama ini aman dan sejahtera. Perniagaan penjaja-penjaja ini tidak banyak diganggu DBKL, cuma sesekali bila melancarkan operasi lewat petang dengan merampas meja dan kerusi milik penjaja yang terletak di tepi jalan. Ketika itu penjualan VCD cetak rompak cukup berleluasa di Desa Setapak, sebab itulah DBKL bertindak ke atas penjaja ini sambil bertindak ke atas penjualan VCD cetak rompak. Itu berlaku kira-kira 5-10tahun yang lampau.

Tidak dinafikan negara kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Memang diakui para penjaja ini telah menerima surat amaran untuk dipindah namun mereka enggan. Sebenarnya mereka memiliki lesen perniagaan cuma tidak dibenarkan berniaga di tapak situ kerana ia adalah kawasan kerajaan. Mereka juga sudah banyak kali merayu dan memohon agar dapat terus berniaga di situ, namun ditolak oleh DBKL.

Apabila DBKl bertindak merobohkan gerai-gerai yang dikatakan haram itu, maka timbullah keraguan dan persoalan. Bagaimana pula dengan gerai-gerai haram lain yang berhampiran di situ? Kenapa tidak dirobohkan sekali? Apakah ada berkaitan dengan soal kaum dan politik? Saya rasa kita perlu meminta YB untuk mendapatkan penjelasan dan gambar sebenar daripada DBKL dan memberitahu kepada kita semua di dalam blog ini. Jika tidak, semua akan maki-hamun dan menyalak seperti anjing tidak sebab munasabah.

Jika DBKL ingin bertindak merobohkan semua gerai haram, bertindaklah segera ke atas semua gerai-gerai haram bukan sahaja di Wangsa Maju, malahan di kawasan-kawasan sekitarnya seperti di Setiawangsa, Danau Kota,Jalan Genting Kelang dan kawasan-kawasan lain di sekiar Kuala Lumpur.

Tindakan DBKL ke atas penjaja di Desa Setapak jelas memperlihatkan ketidakadilan dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Saya amat setuju tindakan YB untuk mengheret pegawai yang bongkah itu ke muka pengadilan. Harap dia menerima hukuman setimpal, jika tidak dipenjarakan, sekurang-kurangnya digantung kerja atau dibuang terus daripada terus menzalimi warga Kuala Lumpur yang lain pula.

Nasi telah menjadi bubuh. Gerai-gerai yang menjual makanan yang sedap lagi murah itu kini hanya tinggal sejarah. Sekarang apa yang lebih penting ialah bagaiamana membantu penjaja-penjaja yang terlibat ini meneruskan hidup.

DBKL sekiranya mahu terus melindungi kepentingan warganya, kini mereka perlulah mencarikan satu tapak perniagaan yang sesuai sebagai ganti kepada mereka.

Insiden ini bukan sahaja menjejaskan rezeki penjaja, malahan ribuan penghuni di sekitarnya termasuk warga kerja dan pelajar. Tiada lagi banyak pilihan yang diberikan kepada mereka kecuali mengunjungi kedai-kedai makan yang sedia ada dan gerai-gerai haram yang masih diberi peluang berniaga dengan megah di situ. (Tak payahlah sebut nama gerai-gerai ini, semua orang sudah maklum.)

Daripada insiden ini juga warga Wangsa Maju telah mulai sedari bahawa DBKL memang bertindak zalim, tidak adil, dan sebarang kata putusnya dilakukan oleh pegawai-pegawai yang bongkah serta mempunyai kepentingan peribadi.

Warga Wangsa Maju sememangnya mengharapkan YB mampu menentang kezaliman dan kemungkaran dalam DBKL ini dengan bijak. Warga Wangsa Maju tetap beri sepenuh kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YB.

Kita semua cukup kesal dan sedih dengan insiden yang disifatkan terbesar di Desa Setapak selepas operasi besar-besaran VCD cetak rompak lima tahun lalu.

Melalui insiden ini juga imej DBKL telah bercalar lagi yang sebelum ini memang tidak pernah memberikan gambaran baik kepada warga Kuala Lumpur.

Dan apa yang paling malang lagi ialah ia telah menimbulkan isu perkauman gara-gara ketidakcekapan DBKL dalam merobohkan gerai-gerai haram ini. Apakah DBKL sebagai sebuah pihak berkuasa temaptan (PBT) dan penguatkuasaan mahu mencetuskan ketegangan hubungan kaum? Apakah tidak ada jalan lain untuk menyelesaikannya?

Sementara hentaman dan kritikan daripada kalangan ahli-ahli BN sudah tentu akan terus dilancarkan kerana bijak mengambil kesempatan dan peluang untuk mengeruhkan suasana. Namun sebarang kata-kata biarlah membina dan menjurus kepada jalan penyelesaian dan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.

Akhirnya, saya dapat membuat kesimpulan di sini bahawa insiden ini telah benar-benar menyakitkan hati ramai warga Wangsa Maju lebih-lebih lagi ia bertindak ke atas SATU KAUM sahaja. Ia nampaknya dilakukan secara sengaja dan seakan-akan juga ada sifat balas dendam. Atasilah isu ini atas sifat kemanusiaan dan bukan atas PERKAUMAN!

Kita hendak beritahu kepada DBKL bahawa Warga Wangsa Maju selama ini cukup harmoni dan bersatu padu tanpa mengira kaum.Janganlah kerana perbuatan kamu semua yang terlampau, hubungan kaum akhirnya tergadai.

Tension giler..

salam to all... ari ni kan pagi lagi aku dah berurusan di luar office la.

lepas setle satu perkara datang plak yang lain, tu tak pa aku pun suka berurusan dgn client ni, jadi pagi ni aku naik motor nak cepat kan? dalam perjalanan nak g kuala lumpur tu aku bawak pun tak laju mana 90km p/h jer, client yang pertama aku jumpa ialah contractor binaan dan wiring la...

meeting sekejap tapi yang aku bengang tu bukan apa bab nak kuar kan payment tu punya la banyak tul alasan dia... projek dah bagi tapi dolak dalik tu lebih.. so disebabkan masa aku terhad jadi aku pun buat keputusan untuk jumpa collect lain kali, sebab masa dah melepasi aku tu yang aku marah sangat, aku budget jumpa sorang paling lama pun 30mnt jer, ni sampai melilau ker 45 tiil 1hour.then second appointment selepas tu nasib baik ok, sebab masa aku jumpa tu pun aku dah lambat 10mnt nasib baik aku bagi alasan logic kalau tak hilang kepercayaan dia kat ana ni..

yang kes kali ni ok tapi..... hal nya lain plak buat lambat masa aku lagi penuh dengan pertanyaan yang buat aku hampir gila. tapi aku jawablah dengan penuh kewarasan akal dan pikiran.. kes ni aku bengang sikit ialah adakah aku plak yang nak kena g photostate document yang dia minta tolong aku. kalau dekat tak pa. masaalahnya pagi mana ada kedai photostate buka.. tapi aku sabar jer la.. haaa" kat sini masa aku curi paling lama sampai 1jam lebih, sehinggakan client yg ketiga ni call aku 3-4 kali dahhhh....aku nak marah tak boleh rezeki , nak tegur lagi la tak boleh dah keje aku kan? jadi nak tak nak redha jer la..

dah tu aku speed jumpa sorang lagi kalau dekat tak pa. ni jarak diantara ketiga2 client tu lebih kurang 10km juga la.. jadi aku selesai semua tu aku booking tket bus, boleh tenangkan pikiran juga dalam bus tu...maklumlah dari pahang nak ke shah alam. tukar bus kat pekeliling.. nasib baik sampai kl ada orang fetch aku g shah alam, jadi aku ingat sume boeh selesai sume sebelum pukul 4 ptg, sampai jer kat shah alam aku hadapi lagi satu ujian yang mecabar masaalah birokrasi la plak....

dah la aku ada janji lepas tu nak kena rushing g temerloh plak tu... mana nak sempat masa tu tak nak berhenti bagi aku peluang untuk tiba di destinasi dgn tpat huhu.. nak tak nak aku call balik cancelled yang kat temerloh tu, tukar esok hari la plak.. jadi aku ingat boleh la settle tapi ada masaalah la plak dengan doc sorang client ni adusssssssss... pening kepala aku, that time ada rezeki call tapi disebabkan jauh aku nak g aku minta tolong runner to mett him.. later pass to me. then dengan perasaan kecewa dengan tenang aku beredar dari pejabat kerajaan tersebut, perjalanan dari s.a tu nak g kl bus terminal lebih kurang 1jam setengah juga la dengan trafic nye.jadi aku amik bus pukul 5.30 nak balik pahang..

diwaktu tu baru aku teringat yang aku ni dari kuar umah pagi samai naik bus nak balik phg rupanya tak masuk apapun dalam perut patutla lapar semacam jer.. nasib baik la aku biasa da.. jadi sebelum bus gerak aku perasan ader penjaja tepi jalan di terminal, jadi aku turun la nak beli baru nak beli jer dah kena rampas dengan peguatkuasa perbandaran kesian aku tengok, dah la aku lapar, bagila aku beli dulu ker baru sita ni tidak sempat tengok jer aku dengan kejadian tu...
huuuuuuuuuus sedih melihat karenah peniaga tersebut tak bagi can lgsung dbkl tu..

jadi aku naik semula tggu dalam bus, aku tido la, setelah lebih kurang 10mnt aku dok dlm bus tu..akhirnya jalan juga, dan baru jer jalan 10meter stoooopppp.. ceh' JPJ la plak..kena la periksa bus yang aku naik tu. semua kat dalam bus tu tension termasuk la aku yg lapar.. aku ingt sekejap la. dari pukul 5,30ptg smpai pukul 6.47ptg beb baru gerak ramai yg mengamuk dalam bus tuuu aku buat bodoh jer la.. maklumla kang bertambah lmbt plak..perut aku waktu dah pandai menyanyi lagu keroncong la plak huhu.. lapar giler siuttt.. aku sabar jer la. aku tak leh nak tido. dan akhirnya tiba kat destinasi, tetiba sikit lagi nak sampai di terminal bus boleh plak berhenti isi fuel aduhhhhh aku punyala naik angin aku complaint kat pemandu tu kenapa baru nak isi.. kalau sekejap tak pa? tapi ni isi sampai diesel sampai 250 hinggit bapak punya lambat...

dah la bila sampai aku nak kena teruskan perjalanan naik motor plak lebih kurang 45km dalam keadaan waktu yang gelap macam kopi o tu... dan akhirnya masa menang lagi. tension giler untuk ari ni... tapi tu sume pengalaman yang tak da pengajaran.... ok la roger and out.salam


Apa nak jadi??


Yang di atas cerita yang tak dapat di lihat dengan mata kasar………Yang ini cerita yang dapat di lihat dengan mata kasar…… sepanjang menjaja di sana berpuluh surat saman dari majlis pembandaran yang saya dapat. Barang di rampas, nak tunda lori dan macam2 lagi ……saya rasa betul-betul mengemis di bumi tumpah darah sendiri….

Nak cari rezeki yang halal pun susah… saya rasa orang jual benda haram lagi senang…kena tangkap masuk penjara makan percuma. tak kena halau macam pengemis ….ini berniaga di tepi jalan …… selepas berniaga satu barang apupun saya tak tinggal.saya bawa balik (menggunakan lori jualan terus dari lori.

Jadi tak ada sisa-sisa sampah yang di tinggalkan). Terasa macam buat salah besar dan boleh mengugat keamanan Negara….Bila minta simpati pihak majlis bandaran kata mereka dapat laporan dari orang ramai…..saya pun tak tahu apa masalah orang ramai tu……bukannya saya dok menjaja depan rumah mereka ataupun tanah bapak mereka, tanah tok nenek mereka ka….. tanah tepi jalan….tanah kerajaan….

Lain lah kalau saya dok pijak ekor dia orang, dok baker ekor bini diaorang…..beginilah nasib rakyat Malaysia yang senasib dengan saya….Rakyat asing yang datang secara haram lebih selamat tinggal dan menjalankan perniagaan mereka……..(rakyat Indonesia & rakyat Tailand) gerai bakso dan gerai tomyam belambak2.

cuba buat operasi dekat meraka) 90% guna visa pelancung……………kita rakyat Malaysia dah hilang keistimewaannya…..
Bukan tak teringin nak adakan sebuah kedai….

Sebenarnya saya memang becita-cita untuk adakan sebuah kedai….bolehlah menambah bilangan usahawan melayu dan islam yang berjaya…..saya bermula dari bawah… ….bila nak sampai ke atas jika di sekeliling kita penuh dengan orang yang ada PHD (Perangai Hasad Dengki)………………..


Kepada yang membaca doalah untuk kejayaan bangsa dan agama kita….jangan lah 50tahun akan datang cucu cici kita pergi kencing atas kubur kita……..kerana kesilapan nenek moyang mereka………fIkir-fIkirkanlah…
"

Dilema perniaga kecil

Oleh shimah

"Dalam ruangan ini saya nak berkongsi cerita dan meminta pandangan saudara seagama dan sebangsa dengan saya.Saya adalah seorang penjaja yang berniaga secara kecil-kecilan.

Perniagaan saya bermula kira-kira 2 tahun dulu. Kawasannya agak stategik dan tidak mengahalang lalu lintas….saya menjalankan perniagaan mengunakan lori kecil. (berniaga diatas lori). Setelah 2 tahun berniaga pendapatan bersih + RM50.00 sehari.


Kalau tahun 2008 dengan barang semuanya naik harganya, RM50.00 bukanlah besar sangat. Saya tetap bersyukur kepada allah s.w.t. kerana dengan pendapatan itu dapatlah menyara keluarga dengan titik peluh yang halal.

Bebas dari ikatan jadual kerja,tidak seperti semasa saya menjadi pekerja industri dahulu. Masa dulu hari jumaat nak pergi sembahyang jumaat kena ambil cuti tapi sekarang hari jumaat saya bercuti……jadi kalau nak duduk kat masjid dari pagi sampai petangpun dah tak terikat dengan majikan sebab saya sendiri yang jadi majikan.

Namun dalam tempoh dua tahun ini pelbagai dugaan datang dan pergi. Pada pendapat saya ini kerana sikap dan penyakit manusia yang takut orang lain lebih kaya dan senang dari mereka atu lebih mudah tak mahu melihat orang sebangsa dengannya hidup lebih senang.

Mahu melihat mereka merempat dan masuk dalam TV (Contoh : Rancangan BersamamU (TV3)) atau surat Khabar menagih simpati dari orang ramai. Senang cakap jadi pengemis minta derma dari orang ramai… bukan saling bekerjasama mengukuhkan dan memperkasakan ekonomi bangsa melayu dan umat islam.


Bagi pihak saya dan orang yang berfikiran sama dengan saya. Saya amat bersyukur dan gembira kalau saya lalu di satu kawasan tu ramai orang melayu atau islam yang berjaya rumah besar atau kereta mewah.

Syarikat sendirian berhad melayu yang punya, berpendidikan tinggi (golongan professional) terutamanya melayu yang bekerja sendiri….. punya aset dan perniagaan sendiri, saling Bantu membatu…….tapi….berapa kerat kah mereka yang berfikiran sebegini